fbpx

Pesakit Pusat Hemodialisis Zakat P. Pinang terima saguhati raya RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (kanan) menyantuni pesakit buah pinggang di PHZ Permatang Rawa, Bukit Mertajam, hari ini.

GEORGE TOWN – Zakat Pulau Pinang (ZPP) meluluskan pemberian Saguhati Khas Aidilfitri kepada pesakit-pesakit Pusat Hemodialisis Zakat (PHZ) sebanyak RM500 seorang sempena Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, saguhati khas itu melibatkan seramai 197 orang pesakit di seluruh cawangan PHZ.

“Pemberian saguhati khas ini adalah sebagai salah satu keprihatinan MAINPP dalam membantu pesakit-pesakit PHZ membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan kesyukuran dan kegembiraan,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata, MAINPP melalui ZPP mewujudkan PHZ pada tahun 2001.

“PHZ merupakan projek agihan ZPP yang menawarkan perkhidmatan rawatan hemodialisis kepada asnaf yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir.

“Sehingga kini, PHZ mempunyai lapan cawangan di seluruh Pulau Pinang yang memberikan rawatan percuma kepada 197 orang pesakit tanpa penajaan dari mana-mana agensi atau syarikat takaful,” katanya.

Tambahnya, pesakit yang menerima rawatan di semua cawangan PHZ merupakan asnaf kategori fakir, miskin dan ghorimin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI