fbpx

Lelaki maut, rakan parah motosikal bertembung pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan berhampiran pusingan U di Jalan Papar – Kota Kinabalu, Isnin lalu.

PUTATAN – Seorang penunggang motosikal maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan berhampiran pusingan U di Jalan Papar – Kota Kinabalu, Isnin lalu.

Dalam kejadian pukul 6.57 petang itu, penunggang motosikal lelaki berusia 24 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Rakan mangsa yang juga pembonceng wanita berusia 22 tahun cedera parah di bahagian kaki dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda dari Jalan Kota Kinabalu membuat pusingan U menuju ke Teluk Villa.

“Kenderaan berkenaan kemudian dilanggar oleh motosikal yang datang dari arah Jalan Putatan ke Kota Kinabalu.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang tersebut tercampak bersama motosikalnya di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sammy berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami apa-apa kecederaan fizikal.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik QEH bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI