fbpx

Lazim dilantik KPD Wangsa Maju baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ashari (kiri), Rusdi (tengah) dan Lazim (kanan) ketika Majlis Serah Terima Tugas di IPD Wangsa Maju hari ini. FOTO: KOSMO!/SYAKIR RADIN.

KUALA LUMPUR – Mohamad Lazim Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju baharu berkuat kuasa hari ini.

Lazim yang bertugas sebagai Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personel) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman akan menggantikan Superintendan Ashari Abu Samah yang akan bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Melaka.

Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Dewan Latihan Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju itu disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Datuk Rusdi Mohd Isa.

“Saya lapor diri (di IPD Wangsa Maju) pada 4 Mac 2021. Genap tiga tahun satu bulan saya di sini dan sebelum ini, saya bertugas sebagai Ketua Polis Cameron Highlands, Pahang.

“Sesungguhnya selama ini banyak cabaran dan dugaan selama bertugas di Kontinjen Kuala Lumpur. Saya akan bertugas di Melaka bagi jawatan KPD Alor Gajah esok,” kata Ashari ketika berucap di sini, hari ini.

Sementara itu, Rusdi berharap corak kepimpinan baharu oleh Lazim akan memberi impak positif kepada pasukannya.

“Tahniah dan syabas Tuan Ashari dan seluruh warga Wangsa Maju kerana mentadbir urus dengan cemerlang. Terima kasih atas khidmat bakti dan selamat maju jaya untuk beliau (Ashari) mendapat kenaikan pangkat,” jelasnya.

Menurut Rusdi, Lazim yang mempunyai kepakaran dalam kes jenayah siber dilihat dapat memajukan lagi IPD Wangsa Maju kelak.

“Saya ingin menasihatkan supaya anggota dan pegawai agar menjalankan tugas dengan penuh integriti dan menjaga nama baik pasukan keramat ini,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI