fbpx

[VIDEO] ‘Syukur dapat baju raya terpakai masih elok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para pelajar kelihatan gembira mencuba pakaian terpakai yang masih elok hasil sumbangan orang ramai untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

PETALING JAYA – Sekumpulan pelajar di sebuah sekolah khas berasrama di Baling, Kedah kelihatan gembira ketika mencuba memakai baju raya terpakai yang masih elok sumbangan daripada orang ramai.

Video kegembiraan pelajar tersebut dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Pakngah, semalam dipercayai merupakan guru di sekolah tersebut.

Menerusi kapsyen yang dikongsikan, Pakngah memberitahu, walaupun sumbangan pakaian terpakai, ia masih elok serta boleh dipakai untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Begitu seronok mereka dengan pakaian sumbangan tuan-tuan dan puan-puan sahabat. Kasihan dekat pelajar sekolah rendah tak ada saiz mereka, hiba juga. Depa (mereka) tanya tak ada baju untuk depa, selalu tak ada.

“Bagi tuan puan, mungkin tak mahu pakai, tapi ada yang masih elok. Bagi mereka pula yang tak mampu, boleh buat raya tahun ni.

“Ada yang masih berharap, harap adalah sebelum hari Khamis. Hari Khamis depa balik kampung cuti raya,” katanya.

Video tersebut kemudian mengundang sebak orang ramai, malah ada yang mahu menyumbang pakaian terpakai masih elok kepada pelajar sekolah tersebut.

Selain itu, Pakngah turut membalas komen salah seorang pengguna TikTok yang menceritakan, ada pelajar turut bertanyakan pakaian untuk diberikan kepada ibunya bagi menyambut Aidilfitri.

“Siap ada yang minta untuk mak sekali. Katanya mak pun tak ada baju raya,” katanya ditambah dengan ikon gambar menangis. – KOSMO! ONLINE

@teratakpakngah Ramadhan 21 Mereka selalu bertanya ada dak baju yg boleh buat pakai hari raya. Alhamdulillah. Ada masih elok lagi. Tak terjejas pun. Gembiranya yang dapat. Yang datang dgn harapan tetapi kecewa tu harap bersabar. Terutama pelajar sekolah rendah bukan mudah nak dapat saiz kecik Apapun terus berdoa dan berharap moga ada sinar sebelum atau pada hari Khamis ni. Lepas tu mereka akan balik kg cuti raya. 😭 😭 😭 #rezekiAllahtakpernahsalahalamat #mogaadasinaruntukmereka #fyp #teratakpakngah ♬ original sound – Pakngah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI