fbpx

Nikmati pengalaman bercuti luar biasa pada musim raya di Hotel Sunway City KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hotel Sunway City KL menawarkan pakej percutian yang lengkap dan menarik serendah RM399 bagi mereka yang mahu bercuti secara luar biasa dalam musim perayaan kali ini.

PETALING JAYA – Hotel Sunway City Kuala Lumpur (Sunway City KL) menawarkan pengalaman unik dan luar biasa bagi pengunjung yang mahu mencari kelainan dalam menyambut Aidilfitri tahun ini bersama keluarga tercinta, bercuti di hotel bertaraf dunia melalui harga promosi “Rayau Raya” yang eksklusif.

Melalui tawaran istimewa tersebut, selain bermalam di bilik hotel, pengunjung turut menerima  baucar makanan percuma daripada Black Tap Craft Burgers & Shakes yang terkenal di dunia dan Gordon Ramsay Street Pizza.  

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pengunjung  juga akan mendapat akses kemudahan riadah yang bertaraf lima bintang,  kanak- kanak akan menikmati Waterventure dengan pelbagai aktiviti seperti mandi-mandi atau menyelami pendidikan menarik di kelab kanak kanak Wonderland Explorers.

“Pakej tersebut menawarkan aktiviti riadah dan kesihatan kepada kumpulan dewasa untuk menggunakan peralatan sukan di Kelab Kesihatan atau bersantai di kolam renang.

“Pakej ini juga turut menyediakan baucar tunai spa secara percuma untuk memanjakan diri bagi meningkatkan  penjagaan kesihatan dan kecantikan di  Sunway MediSpa yang baru dilancarkan,” katanya di sini baru-baru ini.

Pakej bercuti di hotel Sunway Resort ditawarkan kepada dua iaitu  pakej A yang menawarkan harga  RM699 untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak bagi penginapan dua hari satu malam.

Pakej B pula menawarkan harga  RM1,350 bagi penginapan tiga hari dua malam untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak.

Kedua-dua pakej tersebut dilengkapi dengan baucer makan di Black Tap Craft Burgers & Shakes dan juga Gordon Ramsay Street Pizza , selain berspa dan juga akses percuma kepada kemudahan yang disediakan di Sunway Resort Hotel.

Selain itu, mereka yang memilih penginapan di  Sunway Pyramid Hotel atau Sunway Lagoon Hotel, pengunjung ditawarkan pakej A pada harga  RM399 manakala pakej B berjumla RM650 untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.

Kedua-dua pakej ini turut melibatkan tawaran istimewa seperti baucar makan, berspa dan akses kemudahan beriadah dan bersukan untuk dewasa dan juga kanak-kanak di Wonderland Explorers. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI