fbpx

MBSA perkemas operasi tangkap anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cherem (dua dari kanan) ketika sidang akhbar di Wisma MBSA, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan memperkemaskan operasi penangkapan dan penjagaan anjing liar di sekitar kawasan Shah Alam.

Ini adalah selaras titah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja bagi kempen Stray Free Selangor (SFS) kendalian Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) agar smua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor memperinci semula pendekatan baharu yang lebih holistik dalam menguruskan anjing-anjing terbiar.

Datuk Bandar Shah Alam, Ir. Cheremi Tarman berkata, pihaknya selepas ini akan turun padang berjumpa penduduk Shah Alam bagi menerangkan bagaimana anggota majlis tersebut menangkap dan menjaga binatang tersebut di pusat penjagaan sementara anjing liar.

“Titah Tengku Permaisuri Selangor ini juga ada dibangkitkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pencinta haiwan dalam mesyuarat sebentar tadi seperti perihal pelupusan anjing liar.

“Sebenarnya, anjing liar ini tidak dilupuskan apabila ditangkap. Sebaliknya, anjing liar yang ditangkap akan diletakkan di Pusat Jagaan Haiwan (Pustawan) MBSA di Seksyen 17 untuk menunggu mana-mana individu menuntutnya.

“Sekiranya dalam tempoh seminggu tiada yang menuntut, baru kita hantar anjing ini ke pusat Paws Animal Welfare Society (PAWS) di Subang Jaya untuk mereka menjaga binatang ini,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat MBSA, petang tadi.

Semalam, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan dukacita berhubung operasi penangkapan anjing berkeliaran di negeri ini yang dilakukan PBT dengan bertitah baginda tidak bersetuju dengan pendekatan ‘catch and kill’ atau tangkap dan lupus untuk dilakukan oleh mana-mana PBT.

Dalam pada itu, Cheremi Tarman memaklumkan bahawa MBSA tidak mempunyai kuasa untuk mengamalkan kaedah ‘Put To Sleep’ (PTS) terhadap mana-mana anjing yang ditangkap PBT itu sebaliknya, hanya pegawai veterinar sahaja yang dibenarkan untuk melakukan prosedur itu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI