fbpx

Anwar minta pembangkang cermin diri isu harga barang, kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri di pekarangan Masjid Nurul Huda Felda Chuping, Padang Besar hari ini. Foto oleh IZLIZAN OTHMAN/KOSMO!

PADANG BESAR – Perdana Menteri membidas tindakan pihak pembangkang yang menjadikan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup sebagai modal politik kerana keadaan lebih teruk ketika mereka mentadbir negara, dua tahun lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak pernah menafikan berlaku masalah kos sara hidup ketika ini dan kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan untuk memperbaiki perkara itu.

“Ada orang kata saya nafikan tetapi saya tidak pernah nafikan (masalah kos sara hidup). Saya pergi bazar dan tanya khabar peniaga dan harga, memang ada masalah.

“Jangan jadikannya sebagai (alat) sepak terajang (dalam) politik. Baik harga barang, baik harga minyak ia lebih rendah berbanding dua tahun lalu, itu kenyataan,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri di pekarangan Masjid Nurul Huda Felda Chuping, di sini hari ini.

Katanya, pembangkang juga perlu cermin diri kerana keadaan ketika mereka mentadbir kerajaan keadaan lebih parah.

“Kena tengok cermin juga, jangan pakai sedap cakap dan kecam kerajaan sekarang padahal semasa mereka mentadbir keadaan lebih parah daripada sekarang,” ujarnya.

Menurutnya, di samping itu, kerajaan juga bertanggungjawab menyelamatkan dana kerajaan.

“Dulu (beri) subsidi siling ayam RM1 bilion setahun dan harga ayam melambung naik. Sekarang kita beri amaran keras jangan permainkan dengan isu kartel ini, kita tarik RM1 bilion subsidi dan harga ayam masih rendah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI