fbpx

Remaja lelaki antara 5 ditahan dalam Op Samseng Jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki antara lima ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Seberang Perai, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang remaja lelaki antara lima penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Kilometer (KM) 132 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah Utara di Seberang Perai Tengah di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya turut menyita 24 motosikal atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 1 pagi tadi.

“Dalam operasi terbabit, lima lelaki berusia antara 17 sehingga 24 tahun ditahan kerana telah melakukan aksi dengan menduga kelajuan selain disyaki terlibat dalam lumba haram.

“Pemeriksaan mendapati, empat daripada lima suspek turut tidak memiliki lesen memandu sah dan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, kita turut mengeluarkan 89 saman atas pelbagai kesalahan ke atas pemilik motosikal,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, orang ramai terutamanya remaja dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti lumba haram kerana ia jelas melanggar undang-undang selain boleh mengundang bahaya bukan sahaja kepada diri sendiri, malah pengguna jalan raya lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI