fbpx

Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Phei Yong dilantik Duta Jenama CUCKOO 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Siti Nurhaliza, Hoe, Jaclyn Victor dan Phei Yong pada sesi pengenalan Duta Jenama CUCKOO 2024 semalam.

KUALA LUMPUR – Jenama Pencipta Kediaman Sihat, CUCKOO International (MAL) Sdn. Bhd. (CUCKOO) memperkenalkan barisan duta jenamanya yang baharu di BAZAR CUCKOO X RIUH: #SAMASAMA RAYA di Sentul Depot, Gudang 2 di sini semalam.

Bazar Raya yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam itu merupakan anjuran bersama RIUH, sebuah platform kreatif di bawah MyCreative Ventures.

Meneruskan peranannya sebagai duta jenama CUCKOO untuk tahun ke-5 ialah penyanyi lagenda tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, yang semangnya terkenal sebagai rakan setia CUCKOO dan penyokong tegar gaya hidup sihat.

Beliau disertai oleh dua duta jenama baharu, iaitu pemuzik ikonik negara, Jaclyn Victor, serta selebriti berbakat, Phei Yong.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO, Hoe Kian Choon (KC Hoe) berkata, sebagai kesinambungan daripada kerjasama Siti Nurhaliza bersama CUCKOO sejak 2020, pihaknya berbesar hatinya mengalu-alukan kehadiran Jaclyn Victor dan Phei Yong ke dalam CUCKOO Family.

“Ketiga-tiga duta ini mencerminkan semangat kami untuk menjadi jenama ‘Untuk Setiap Kamu’ dengan memberi inspirasi kepada semua lapisan dan generasi masyarakat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat,” katanya.

Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor menyampaikan persembahan yang memukau penonton.

#SAMASAMABuat Baik di BAZAR CUCKOO X RIUH

Bagi memulakan acara dan pelancaran bazar berkenaan, Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor telah menyampaikan persembahan memukau dan memikat hati para hadirin dengan lagu-lagu hit terbaik mereka.

Sementara Phei Yong dan bersama hos acara yang juga merupakan pelawak terkenal, Nabil Ahmad, mengacarakan sketsa komedi yang berjaya mencuit hati para hadirin.

Selaras dengan semangat Ramadan, CUCKOO turut memperkenalkan dua inisiatif pada majlis pelancaran tersebut dengan tema kempen Ramadan-Raya CUCKOO, iaitu #SAMASAMABuatBaik.

Ia merupakan lanjutan kepada nilai #SAMASAMAHealthier CUCKOO untuk memberikan impak positif kepada komuniti, dengan mengajak penglibatan orang ramai agar sama-sama membantu golongan yang memerlukan menerusi inisiatif;

  • ‘Kamu Like, CUCKOO Derma’: Inisiatif yang mengajak orang ramai untuk mengambil bahagian dalam kempen digital CUCKOO di platform Facebook CUCKOO rasmi (@CUCKOOInternational). Jumlah ‘likes’ yang dikumpul akan menjadi penentu kepada bilangan sumbangan penapis air ke rumah-rumah atau pertubuhan-pertubuhan kebajikan.
  • ‘Kamu Derma, CUCKOO Salurkan’: Inisiatif yang menggalakkan orang ramai menyumbang barangan keperluan seperti makanan kering dan makanan dalam tin, alat-alat pembersihan, kelengkapan alat tulis, dan minuman kotak di di BAZAR CUCKOO X RIUH. Barangan yang dikumpul akan didermakan kepada pelbagai rumah kebajikan.

BAZAR CUCKOO X RIUH: #SAMASAMA RAYA akan dibuka pada 30 dan 31 Mac 2024 (hari ini dan esok), dari pukul 3 petang hingga 12 tengah malam di Sentul Depot (Gudang 2), Kuala Lumpur, menampilkan lebih daripada 100 gerai jenama kreatif dan aneka jenis juadah makanan dan minuman.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerima tanda penghargaan daripada Hoe di BAZAR CUCKOO X RIUH: #SAMASAMA RAYA semalam.

“Kami menjemput rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat untuk menyertai kami di bazar ini.

“Ia adalah langkah permulaan untuk sesuatu yang lebih besar selepas ini, dan kami berharap usaha kecil ini dapat memberikan kesan positif dengan menggalakkan orang ramai untuk sama-sama berbuat baik,” tambah Hoe.

10 tahun mencipta kediaman lebih sihat

Menurut Hoe, tahun 2024 merupakan tahun yang penting bagi CUCKOO, sempena ulang tahunnya yang ke-10.

Jelasnya, dalam usaha mencapai pertumbuhan dan kejayaan, jenama itu telah merekodkan pendapatan berjumlah RM1.11 bilion tahun lalu, yang merupakan tahun ke-4 berturut-turut CUCKOO beroleh angka pendapatan RM1 bilion.

“Kami akan mempelbagaikan lagi portfolio Kediaman Sihat kami dengan solusi yang lebih berinovasi bagi membolehkan setiap isi rumah di Malaysia menerapkan kesejahteraan ke dalam kediaman mereka.

CUCKOO bersedia mencapai pertumbuhan dengan barisan duta jenama baharu.

“Dengan pengalaman sedekad penubuhan CUCKOO di Malaysia, kami akan mengukuhkan lagi nilai kami dalam menerima dan meraikan personaliti unik Malaysia, serta memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier, seperti duta duta jenama kami yang baharu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI