fbpx

Messi belum terfikir gantung but

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI merasakan dirinya masih mampu bersaing pada tahap tertinggi walaupun bakal berusia 37 tahun pada Jun nanti. – AFP

MIAMI – Pemenang lapan ­Ballon d’Or, Lionel Messi tidak akan menganggap umurnya sebagai faktor penentu terhadap rancangan persaraannya kerana dia masih tiada jangka masa jelas untuk berbuat sedemikian ketika ini.

Messi yang menghabiskan 17 tahun di Barcelona sebelum menyertai Paris Saint-Germain (PSG) pada 2021 dan Inter Miami tahun lalu, akan mencecah usia 37 tahun dalam tempoh kurang tiga bulan lagi.

“Saya tahu apabila saya tidak lagi dapat beraksi dengan baik, tidak lagi menikmati atau dapat membantu rakan sepasukan (saya akan bersara).

“Saya sangat mengenali diri sendiri. Saya tahu bila masanya dapat beraksi dengan baik dan sebaliknya. Apabila rasa sudah tiba masanya untuk mengambil langkah itu, saya akan melakukannya tanpa memikirkan soal usia.

“Jika saya rasa masih baik, saya akan cuba untuk terus bersaing kerana ia adalah perkara yang saya suka dan apa yang saya tahu untuk lakukannya,” kata Messi.

Ditanya sama ada Messi mula berfikir mengenai apa yang akan dilakukannya selepas bersara, pemenang Piala Dunia 2022 bersama Argentina itu masih tidak mempunyai jawapan tepat.

“Saya belum memikirkannya lagi. Buat masa ini, saya cuba menikmati setiap hari, setiap saat, tanpa memikirkan masa depan. Saya belum mempunyai apa-apa perancangan lagi.

“Saya berharap untuk terus bermain lebih lama, kerana itulah yang saya gemari. Apabila tiba masanya, saya pasti akan mencari jalan kepada apa yang dapat memenuhi kehendak saya dan apa yang saya suka,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI