fbpx

2.1 juta kenderaan guna Lebuh Raya Utara-Selatan Aidilfitri ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangka 2.1 juta kenderaan menggunakan lebuh raya pada hari-hari puncak menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding 1.82 juta trafik sehari pada hari-hari biasa.

“Ia melibatkan semua rangkaian lebuh raya PLUS ketika hari puncak iaitu pada 5, 6, 9, 12, 13 dan 14 April ini bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi Tinjauan Persediaan Plus Menghadapi Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri di Persada PLUS, di sini, hari ini.

Tambahnya, PLUS turut menyediakan lebih daripada 4500 petugas lebuh raya dan 70 kakitangan sehari di Pusat Pemantauan Trafik PLUS (TMC) PLUS.

“TMC PLUS berperanan memantau, mengumpul dan menyalur maklumat trafik terkini serta menyelaras bantuan kepada pengguna lebuh raya.

“Ia merupakan nadi utama pemantauan trafik di rangkaian lebuh raya PLS yang beroperasi 24 jam sehari dan mengendalikan lebih 1 juta panggilan setahun,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI