fbpx

‘Dapat panggilan IGP nak jumpa, saya tak boleh tidur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin bersama empat anggota yang menerima anugerah penghargaan di pejabat Bukit Aman semalam. - Foto IHSAN PDRM

PETALING JAYA – “Saya rasa bersyukur apabila mendapat panggilan IGP (Ketua Polis Negara) nak jumpa, malam itu saya tidak boleh tidur.”

Demikian cerita Koperal Sokongan Muhamad Nur Shahrul, 32, yang menerima sijil penghargaan atas baktinya kepada masyarakat daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Bukit Aman semalam.

“Ini ketua polis nombor satu nak jumpa kita orang yang paling bawah. Memang tidak boleh hendak jangka apa yang kita buat di bawah (lapangan) IGP tengok. Apa-apa yang kita buat baik akan dibalas baik.

“Sebab itu apabila saya di bawah, saya buat macam tu (contoh baik), saya fikir IGP memang ‘support’ (sokong) kita.

“Pekerja yang bagus disebabkan bos (ketua) yang bagus. ‘Nombor satu’ bagus anak buah automatik akan bagus,” katanya menerusi perkongsian video di TikTok @igrazor.

Muhamad Nur Shahrul merupakan seorang pempengaruh dan mempunyai lebih 328,000 pengikut di TikTok

Anggota itu yang bertugas di Unit Cawangan Kereta Peronda, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Petaling Jaya memuat naik video membantu orang awam ketika menjalankan tugas di lapangan.

“Saya baru buka (akaun TikTok). Pada mulanya takut sebab kita anggota polis tapi (fikir) nak buat kebaikan (teruskan juga),” katanya.

Selain Muhamad Nur Shahrul, tiga lagi lans koperal turut menerima sijil penghargaan kerana menyelamatkan dua beranak dalam kebakaran sebuah apartmen di Wangsa Maju, Kuala Lumpiur pada 18 Mac lalu.

Lans Koperal Mohamad Khairul Annuar, 32, Mohamad Hazieril Hanif, 31, dan Muhammad Shahrul Afiq Ahmad Dugel, 25, yang bertugas di Balai Polis Wangsa Maju menerima sijil penghargaan dan cenderamata daripada pejabat pucuk pimpinan PDRM.

“Saya tahu anggota boleh ambil surat penghargaan di padang kawad, tapi belum ada lagi (anggota) yang ambil di bilik IGP sebab tidak semua boleh masuk.

“Itu ada beza supaya anggota bawah yang lain dapat mencontohi apa yang encik-encik (anggota) buat baik,” ujar Razarudin. – KOSMO! ONLINE

@igrazor Kepada Lans Koperal Khairul, Lans Koperal Hazieril, Lans Koperal Shahrul dan Koperal Sokongan Shah, anda semua adalah wira Pasukan serta rakyat Malaysia yang luar biasa! Saya tumpang berbangga atas khidmat bakti cemerlang yang telah saudara semua buktikan kepada Pasukan dan negara. Teruskan usaha murni membantu masyarakat yang memerlukan bantuan di luar sana. Jaga diri, jaga agama dan jaga kerjaya. Saya sentiasa doakan saudara semua sentiasa di bawah perlindungan Yang Maha Esa. Insya-Allah. #igrazor #polisdirajamalaysia #BiarJasaJadiKenangan #fyp ♬ original sound – Tan Sri Razarudin Husain

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI