fbpx

NCER sumbang RM197 bilion bagi tempoh 2021,2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesyuarat NCIA ke-31 yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar-Menteri Besar yang berkenaan sebagai Ahli Majlis NCIA.

PUTRAJAYA- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dilaporkan telah menyumbang sebanyak 34 peratus atau RM197 bilion daripada jumlah pelaburan yang diluluskan bagi tempoh 2021 hingga 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, susulan itu, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) direncanakan untuk menjadi hab ekonomi dan teknologi bertaraf dunia.

Katanya, ia akan melibatkan tiga bidang tumpuan baharu iaitu Perkhidmatan Termaju, Pembuatan Bernilai Tinggi dan Pertanian Moden.

“Dua Pemacu Perubahan yang akan menyokong adalah amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan mengaplikasi penggunaan digital.

“Disasarkan bagi NCER untuk mencatatkan sebanyak RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang tahun 2030,” katanya hari ini.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat NCIA ke-31 yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar-Menteri Besar yang berkenaan sebagai Ahli Majlis NCIA.

“Mesyuarat juga membincangkan inisiatif ‘Facilitation@NCER’ dalam usaha memacu dan merealisasikan pelaburan di NCER.

“Ini akan melibatkan koordinasi dengan MIDA bagi tujuan kemudahan akses maklumat, pengurusan perhubungan pelaburan, penyesuaian perkhidmatan dan guna pakai platform pengurusan digital On-Track,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI