fbpx

Cermin MPV ADUN Indera Kayangan pecah dibaling bata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ay Ling menunjukkan cermin hadapan Nissan Grand Livina miliknya yang pecah dipercayai dilempar bata dalam kejadian di rumahnya di Kangar, awal pagi ini.

KANGAR – Cermin hadapan kenderaan pelbagai guna (MPV) milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling pecah selepas dipercayai dilempar seketul bata di rumahnya di sini, awal pagi ini.

Menurut Ay Ling, kejadian tersebut berlaku pada pukul 2.40 pagi tadi ketika dia sedang menyiapkan kerja-kerja berkaitan Dewan Undangan Negeri di rumahnya.

“Ketika kejadian saya belum tidur dan hanya berseorangan di rumah sebelum tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu dihempap dari luar rumah. Saya agak sesuatu menimpa kenderaan saya kerana ia mirip bunyi siling rumah yang runtuh sebelum ini dan saya memang tahu ia bunyi sesuatu objek dihempap,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Katanya, dia kemudian terdengar bunyi enjin motosikal di luar rumahnya dan mengambil masa kira-kira seminit untuk membuka pintu.

“Saya ternampak sebuah motosikal keluar menuju ke jalan besar, namun tidak pasti berapa orang menaikinya sebelum menunggu kira-kira seminit untuk membuka lampu dan pintu rumah kerana bimbang keselamatan diri.

“Selepas itu, saya melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat seketul bata jalan (interlocking brick) dan cermin hadapan MPV jenis Nissan Grand Livina telah pecah berderai,” ujarnya.

Menurutnya lagi, dia tidak mengesyaki sesiapa kerana tidak pernah bermusuhan dengan mana-mana individu dan juga menolak sebarang kejadian disebabkan motif politik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI