fbpx

[VIDEO] Jangan gantung gambar makhluk bernyawa dalam rumah – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus

PETALING JAYA – Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, orang Islam diingatkan supaya tidak menghias dinding rumah dengan gambar makhluk bernyawa seperti manusia atau haiwan.

Ini kerana kata penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, perbuatan tersebut boleh menghalang malaikat masuk ke dalam rumah.

Sebaiknya kata Azhar, gambar-gambar tersebut hanyalah disimpan di dalam album, media sosial, telefon atau komputer sahaja.

“Ini kerana ada satu kisah, pada suatu hari Nabi Muhammad SAW pulang ke rumah bersama Jibril, tetapi Jibril tidak mahu masuk ke dalam rumah.

“Rupanya Aisyah (isteri Nabi) ada beli kain langsir baharu, gambar burung terbang. Nabi segera mengarahkan Aisyah membuang langsir itu, baru Jibril masuk semula ke dalam rumah,” kongsinya pada satu sesi kuliah di sebuah masjid baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azhar memberitahu, Nabi SAW turut bersabda bahawa malaikat tidak suka masuk rumah yang mempunyai patung dan gambar bernyawa.

“Gambar tidak bernyawa boleh. Jika anak minat motosikal, boleh letak gambar karburator, sepit udang, bukan bernyawa boleh.

“Kalau bini kita pula, boleh letak gambar berus jamban, penapis teh tiada masalah. Orang minat bola, jangan letak gambar pemain bola, letak gambar wisel atau tiang gol, tiada masalah,” selorohnya.

Azhar berkata, tujuan malaikat masuk ke dalam rumah adalah untuk mendoakan bagi sekalian penghuni rumah tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI