fbpx

7 dekad perkhidmatan terbaik Angkatan Pertahanan Awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan Ulang Tahun ke-72 APM yang dimuat naik di Facebook Ahmad Zahid hari ini.

PETALING JAYA – Sepanjang tujuh dekad, Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah berkhidmat dengan dengan cemerlang dan penuh dedikasi sebagai barisan hadapan dalam pengurusan bencana dan khidmat kemanusiaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sebagai menteri yang menjadi peneraju kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM), melihat kemajuan organisasi ini adalah sesuatu yang amat membanggakan.

“Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam yang ke-72.

“Sebagai Menteri yang menjadi peneraju kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM), melihat kemajuan organisasi ini adalah sesuatu yang amat membanggakan.

“APM bukan baharu buat saya memimpinnya, malah sejak tahun 2015 saya telah melihat potensi yang besar untuk ditelusuri oleh sebuah agensi yang amat penting dan semakin dekat di hati masyarakat,” jelasnya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, bertemakan “Kesepaduan Teras Perkhidmatan Pertahanan Awam”, diharapkan inilah masanya APM bergerak selangkah ke hadapan dalam meningkatkan “National Resilience” demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

“Teruskan berkhidmat, teruskan memberi bakti kepada rakyat Malaysia. Tenaga yang dicurahkan, kami zahirkan rasa terima kasih buat semua warga APM atas segala pengorbanan dan komitmen yang diberikan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI