fbpx

Bernas agih kotak makanan kepada 150 keluarga asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROHANI (kanan) menyampaikan agihan Bubur Lambuk di Bazar Ramadan Taman Sukma, Petra Jaya di Kuching petang tadi.

KUCHING – Padiberas Nasional Berhad (Bernas) mengagihkan kotak makanan kepada 150 keluarga kurang berkemampuan menerusi Program Gema Ramadan 2024 di sini, hari ini.

Bantuan makanan itu disertakan kepada keluarga daripada 13 buah kampung dalam kawasan Kampung Seberang Hilir di sini.

Pengerusi Bernas, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kotak makanan ini merupakan program tahunan dan pada kali ini kami mulakan dengan program di Sarawak.

Menurutnya, kotak makanan berkenaan antara lain mengandungi beras, susu, gula dan minyak masak.

“Hari ini terdapat 150 keluarga asnaf dari 13 kampung berhampiran kawasan Kampung Seberang Hilir di sini, menerima kotak makanan.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk menyambut Hari Raya,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa sempena Program Gema Ramadan 2024 di Masjid Darul Hana, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Rohani, program pemberian bantuan ini akan diadakan di Kedah dalam masa terdekat disamping penganjuran majlis berbuka puasa bersama 500 pesawah.

“Selain itu, kami juga akan membantu 10 keluarga untuk persiapan Aidilfitri. Mereka akan dibawa ke pasar raya untuk membeli set pakaian baharu,” tambahnya.

Terdahulu, Rohani mengagihkan 1,500 bubur lambuk kepada pengunjung di Bazar Ramadan di Taman Sukma. – Kosmo! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI