fbpx

Banglo Sajat dilelong kali ketiga, tinggal separuh harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banglo Sajat bakal dilelong 50 peratus lebih murah daripada harga asal.

PETALING JAYA – Banglo milik usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat bakal dilelong lagi, tetapi 50 peratus lebih murah daripada harga asal.

Dua tahun lalu, banglo dua tingkat yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya itu pernah cuba dilelong Sajat yang berhijrah ke Australia sejak Oktober 2021 pada harga RM9.5 juta, namun tiada pembeli.

Sajat kemudian menawarkan harga baharu banglo mewahnya itu iaitu RM7 juta, namun masih belum dibeli oleh mana-mana pihak.

Sehingga semalam, ia sekali lagi dilelong dengan nilai jauh lebih rendah iaitu RM4.68 juta.

Banglo berkenaan asalnya milik ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin yang dibeli Sajat pada 2017 dengan harga RM7.5 juta.

Menerusi perkongsian perunding hartanah, Ishaq Marazi di Facebook, banglo berkenaan akan mula dilelong pada 13 Mei ini bermula pada pukul 9 pagi.

“Selepas berhijrah ke Australia Sajat nak jual rumah ini lebih RM9 juta. Sekarang dilelong bank pada harga RM4.68 juta sahaja,” katanya.

Hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi orang ramai yang mengikuti perkembangan usahawan berkenaan.

“Moga dia (Sajat) tabah. Harga lelong pun bawah harga beli,” ujar seorang pengguna.

“Betul-betul kaya la dia ya. Bukannya gaya influencer yang sewa, tapi mengaku rumah sendiri,” komen Adam Baharum.

“Kaya betul boleh lulus pinjaman juta-juta Abang Jat ni,” tulis Nazri Husain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI