fbpx

Polis rampas arak seludup bernilai RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein (tiga dari kiri) ketika menunjukkan hasil barang rampasan. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

SUBANG JAYA – Pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai di sebuah rumah di Petaling Jaya, Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan yang dilakukan oleh Cawangan Risik Ibu Pejabat Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih itu telah berjaya merampas sebanyak 13,087 tin dan botol arak disyaki bagi tujuan pengedaran dan penyeludupan lari cukai.

“Dalam serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 4.10 petang itu, jumlah rampasan dipercayai sekitar RM RM15,000.

“Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki arak lari cukai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang akhbar di Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini hari ini.

Hussien berkata, pengedaran arak lari cukai itu dipercayai mula beroperasi sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, Hussien menyeru agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang perlakuan jenayah atau aktiviti yang mencurigakan agar menyalurkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI