fbpx

Cubaan seludup masuk minuman keras, rokok tidak bercukai gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara arak dan rokok tidak berkucai yang berjaya dirampas.

KOTA KINABALU – Minuman keras serta rokok seludup bernilai lebih RM5.4 juta termasuk cukai berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menerusi empat operasi berasingan sejak 6 sehingga 18 Mac lalu.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, rampasan pertama dibuat pada 6 Mac lalu melibatkan dua buah kontena berisi minuman keras.

“Minuman keras bernilai RM1.017 juta itu cuba dibawa masuk melalui Pelabuhan Sepanggar.

“Kes kedua melibatkan rampasan minuman keras dan rokok seludup di sebuah stor di Kampung Ramayah bernilai RM1.078 juta. Sebuah lori dan van disita untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Penguatkuasaan Sepanggar hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Nasir memaklumkan, pasukan operasi menyerbu sebuah rumah di Penampang dan menemui tiga lori muatan rokok dan minuman keras bernilai RM91,935.

Menurut beliau, kes ketiga pula membabitkan rampasan empat kontena minuman keras di Pelabuhan Sepanggar pada 15 Mac lalu.

“Nilai keseluruhan rampasan ini adalah sebanyak RM1.82 juta termasuk cukai dan duti.

“Rampasan keempat dilaksanakan pada 18 Mac lalu membabitkan dua kontena berisi minuman keras bernilai RM434,050,” katanya.

Mohd Nasir memaklumkan, modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan membuat pemalsuan maklumat pada dokumen dan diikrar sebagai barangan lain.

“Penyeludup turut menggunakan taktik menyembunyikan barang ini bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat dan kita sedang mengesan pemilik stor, pemilik kenderaan dan pengimport barangan terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI