fbpx

Wanita Israel buka taska haram ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menyerbu sebuah rumah yang dijadikan taska di wilayah Surat Thani. – Bangkok Post

BANGKOK – Seorang wanita Israel ditahan di wilayah Surat Thani kerana menjalankan perkhidmatan taman asuhan kanak-kanak (taska) tanpa lesen yang sah, lapor laman berita Thaiger.

Turut ditahan ialah empat warga asing lain kerana melakukan pekerjaan yang menyalahi undang-undang dan beberapa pelanggaran berkaitan.

Pihak berkuasa setempat yang disertai pegawai imigresen dan polis menyerbu rumah berkenaan di Koh Pha Ngan pada 14 Mac lalu.

Hartanah itu didapati berfungsi sebagai taska untuk kanak-kanak warga asing secara haram.

Dalam serbuan itu, lima warga asing iaitu tiga wanita dan dua lelaki berasal dari Israel, Britain, Afrika Selatan dan Myanmar ditahan termasuk pemiliknya, Suli Shulamite Avraham, 56.

Dia didakwa atas kesalahan menjalankan atau menubuhkan taska tanpa kebenaran, menggaji warga asing tanpa permit kerja serta gagal melaporkan pelantikan pekerja asing kepada pendaftar tempatan.

Kesemua suspek dibawa ke balai polis setempat dan kini sedang disiasat. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI