fbpx

Daddy akan buat Ameena manusia paling bahagia – Fizi Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fizi Ali berjanji akan memberi kebahagiaan maksimum buat ANAK tunggalnya dengan bekas isteri, Ameena Sofia.

PETALING JAYA – Meskipun tidak dapat menjaga atau meluangkan masa penuh dengan anak perempuannya, penyampai radio Fizi Ali berjanji akan memberi kebahagiaan maksimum buat Ameena Sofia.

Ujar Fizi atau nama lengkapnya Mohd. Hafizudin Alimudin, 35, dia akan sedaya upaya membuatkan kehidupan permata hati tunggal itu bahagia setiap kali mereka menghabiskan waktu santai berdua.

“Untuk anakku Ameena Sofia, memang betul kita tak banyak masa bersama.

“Daddy tak dapat bagi 100 peratus masa dengan awak. Daddy tak dapat bagi macam ayah orang lain bagi dekat anak mereka

“Tapi daddy janji setiap kali kita jumpa, daddy akan buat awak manusia paling bahagia dalam dunia,” katanya menerusi sebuah hantaran dalam Instagram.

Lelaki asal Johor itu memuat naik video memaparkan momen-momen manis mereka sejak anaknya itu kecil untuk dijadikan kenangan terindah.

Berlatarbelakangkan lagu Surat Cinta Untuk Starla nyanyian Virgoun, video dan ucapan tersebut dibuat bersempena ulang tahun kelahiran kelima Ameena.

Berniat video tersebut ditonton semula apabila puterinya dewasa kelak, Fizi langsung tidak kisah andai ada pihak melihat luahan itu sebagai cubaan merebut Ameena daripada bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

“Insya-Allah, Daddy akan buat yang terbaik untuk awak. Mungkin ada mulut-mulut akan cakap daddy ini bapa ‘terpaling’ konon nak rebut awak.

“Daddy tak kisah, janji satu hari nanti bila daddy dah tiada ada, awak tengok balik semua video-video ini. Khas untuk awak sayang.

“Daddy sayang awak. Kami semua sayang awak. Selamat hari jadi sayang. Nanti jumpa kita sambut ya,” luahnya panjang lebar.

Fizi dan pelakon Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Fizi kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober tahun lalu.

Shakilla juga selamat membina kehidupan baharu dengan lelaki pilihannya Fariz Zulkepley pada 24 Februari lalu – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI