fbpx

Caj PSC lapangan terbang hanya libat penyelarasan destinasi ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke.

SEPANG – Pindaan kepada Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) yang akan bermula pada 1 Jun ini hanya melibatkan penyelarasan kadar bagi penerbangan ke destinasi ASEAN.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kadar penerbangan ASEAN diselaraskan mengikut kadar PSC antarabangsa yang disatukan sebagai kadar caj tunggal berjumlah RM73 bagi Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) manakala RM50 bagi Terminal 2 KLIA.

Katanya, kadar PSC ASEAN sebelum ini adalah pada harga RM35 tanpa menjejaskan kadar sedia ada bagi penerbangan antarabangsa di luar ASEAN.

“Kuasa menentukan caj ini adalah di bawah Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) yang mana mereka membuat beberapa kajian semula setiap tiga tahun.

“Perbincangan berhubung pindaan kadar PSC ini ada dibincangkan bersama pihak Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Ia bukan satu kadar baharu cuma melibatkan penyelarasan dan impak bagi destinasi ASEAN,” katanya ketika ditemui di Terminal 2 KLIA hari ini.

Pada 12 Mac lalu, Mavcom mengumumkan pindaan kepada Caj PSC bagi Tempoh Kawal Selia Pertama (RP1), bermula 1 Jun 2024 hingga 31 Disember 2026.

Mavcom memaklumkan bahawa pindaan itu adalah tanggungjawabnya dalam pengawalseliaan ekonomi Caj Perkhidmatan Penerbangan (ASC) di Malaysia di bawah Seksyen 46 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771).

Ia antara lain merangkumi kuasa untuk menetapkan caj perkhidmatan penerbangan seperti PSC, serta caj pendaratan dan parkir pesawat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI