fbpx
Bazar Ramadan sentiasa menjadi lokasi wajib umat Islam mencari juadah untuk berbuka puasa. – Gambar hiasan

Luahan pembaca: Jaga kualiti makanan di bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Dalam sehari dua lagi umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan suci Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sudah pasti kehadiran bulan puasa dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam bukan sahaja di negara ini, malahan juga di seluruh dunia bagi menggandakan amalan baik kerana ganjarannya berganda dibandingkan dengan bulan-bulan lain.

Terasa tidak lengkap sekiranya bulan Ramadan tidak diserikan dengan penganjuran bazar Ramadan yang sudah sekian lama dibuka bagi membolehkan umat Islam membuat pilihan juadah yang mereka suka ketika berbuka.

Lagipun, pada masa sekarang ramai dalam kalangan kita yang berkerjaya dan tidak sempat untuk memasak juadah berbuka puasa, kalau ada masa pun pada cuti hujung minggu.

Cuma harapan kita semua supaya peniaga bazar Ramadan mementingkan kebersihan diri dan barangan dagangan, selain kualiti makanan yang dijual mesti bagus, sekali gus tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Kita tidak mahu lagi cerita mengenai pembeli yang tidak berpuas hati apabila makanan yang dibeli basi ketika mahu menikmati juadah berkenaan sewaktu berbuka puasa.

Kalau boleh peniaga memasak makanan dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, jangan fikir duit dan keuntungan semata-mata. Cuba kita letakkan diri di pihak pembeli yang mahukan makanan yang lazat selepas seharian menahan lapar dan dahaga.

Berniaga dengan jujur dan ikhlas dan bertolak ansur dengan pelanggan, insya-Allah rezeki yang diperoleh semasa berniaga sepanjang bulan Ramadan akan mendapat keberkatan daripada Allah.

Pembeli ikhlas,
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN