fbpx

Hanya sokong PN, belum jadi ahli – Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh ketika ditemui pada program itu di Kampung Permatang, Kuala Selangor hari ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menegaskan belum menyertai parti politik dan hanya menyokong Perikatan Nasional (PN).

Jelas bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, beliau setakat ini masih bergerak bebas selepas lebih setahun meninggalkan parti UMNO.

“Saya kini boleh menyokong mana-mana parti dan ia adalah hak saya apabila tidak lagi diperlukan oleh UMNO.

“Biarpun tidak menjadi ahli parti, saya menyokong sepenuhnya perjuangan PN demi kemaslahatan kaum Melayu,” katanya ketika ditemui pada Program Jelajah Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kampung Permatang di sini, petang ini.

Beliau mengulas dakwaan dirinya sudah menjadi ahli PN kerana memakai kemeja biru yang mempunyai logo blok pembangkang itu ketika menghadiri menghadiri Konvensyen PN di Petaling Jaya semalam.

Noh memberitahu, tindakan memakai kemeja korporat parti pembangkang itu bermula sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 di Selangor.

“Bagi saya, ia bukan perkara luar biasa dan selepas dipecat daripada UMNO, saya memang berkempen untuk PN.

“Saya memang menyokong PN yang dianggap sebagai ‘rumah’ baharu untuk orang Melayu dan boleh menggantikan Barisan Nasional (BN),” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI