fbpx

QM Jewellery sasar buka 50 cawangan dalam tempoh dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat jual beli emas patuh syariah, Quantum Metal bercadang untuk membuka sebanyak 50 rangkaian kedai emas QM Jewellery dalam tempoh dua tahun. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Syarikat jual beli emas patuh syariah, Quantum Metal Sdn. Bhd. (Quantum Metal) bercadang untuk membuka sebanyak 50 rangkaian kedai emas QM Jewellery dalam tempoh dua tahun.

Pengasas Quantum Metal, Datuk Lim Khong Soon berkata, buat masa ini terdapat tiga cawangan QM Jewellery telah beroperasi sepenuhnya iaitu di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Cyberjaya.

Menurutnya, cawangan pertama dibuka di Gurney Paragon Mall, kedua di Eco Galleria, Johor Bahru dan ketiga di Malakat Mall, Cyberjaya.

“Keunikan kedai emas QM Jewellery berbanding kedai emas di luar sana adalah, bagi setiap pembelian barang kemas, pelanggan akan mendapat ganjaran dalam bentuk emas dan ditawarkan pembelian balik (trade in) pada nilai tinggi.

“QM Jewellery Johor Bahru juga mengetengahkan pelbagai pilihan dengan reka bentuk terkini dan eksklusif. Semua dijemput hadir kerana uniknya di sini, beli satu dapat tiga. Datang terus ke kedai untuk penerangan terperinci,” katanya.

KHONG SOON melihat barangan kemas sempena pembukaan rasmi cawangan QM Jewellery di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor semalam. – Foto RAJA JAAFAR ALI

Beliau berkata demikian ketika ditemui Kosmo! selepas merasmikan QM Jewellery Eco Galleria, Iskandar Puteri yang merupakan outlet terbesar dan paling eksklusif setakat ini.

Khong Soon berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk membuka 50 cawangan kedai emas QM Jewellery di seluruh negara termasuk beberapa negara lain termasuk Indonesia, Thailand selain pasaran China.

Quantum Metal Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat milik penuh Quantum Metal Exchange Inc iaitu sebuah syarikat pengimport dan pembekal emas di Malaysia yang beroperasi sejak tahun 2012 dengan menjalankan perniagaan di platform digital bersandarkan emas fizikal patut syariah.

Menurut Khong Soon lagi, Quantum Metal menyediakan solusi pemulihan ekonomi untuk membantu menaikkan taraf sosio ekonomi masyarakat .

“Quantum Metal menyediakan fasiliti Gold Convert Account (GCA) dan Gold Asset Enhance (GAE) iaitu memberi peluang kepada masyarakat untuk menguruskan perbelanjaan bulanan serta menggandakan keuntungan atas kenaikan harga emas dunia,” ujarnya.

Beliau berkata, visi QM adalah ke arah mewujudkan pertukaran logam berharga yang unik secara sah di peringkat global.

Ia dilaksana dengan mewujudkan ekosistem yang menggabungkan teknologi digital dan pengurusan kewangan berdasarkan nilai sebenar logam berharga sekali gus memiliki pegangan emas secara mudah, komprehensif dan bernilai tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI