fbpx

Polis gempur port dadah, 432 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada individu yang ditahan sepanjang Ops Tapis Khas yang dijalankan di seluruh negeri Johor.

JOHOR BAHRU – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor menggempur kawasan hot spot penagih dadah di seluruh negeri dan menahan 432 individu bagi pelbagai kesalahan dadah dalam Ops Tapis Khas bermula Isnin sehingga Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata, operasi itu menyasarkan lokasi tumpuan seperti di kawasan Felda, Pojek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan perumahan kos rendah, jeti nelayan dan mobile port yang disyaki menjalankan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Katanya, operasi tiga hari itu diberi tumpuan di kawasan di bawah pentadbiran Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Johor Bahru Utara, Seri Alam, Iskandar Puteri, Kluang, Mersing, Segamat, Tangkak, Kulai, Muar dan Pontian.

“Ops Tapis Khas ini disertai seramai 19 pegawai dan 200 anggota bermula pada jam 12 tengah malam Isnin hingga 12 tengah malam Rabu menyasarkan kawasan-kawasan hot spot yang telah dikenal pasti.

“Menerusi operasi ini, daripada seramai 524 orang diperiksa, polis menahan 432 daripadanya atas pelbagai kesalahan iaitu 52 kes bekalan, 72 kes memiliki dadah dan 308 penagih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata, daripada jumlah tangkapan itu, 14 individu yang ditahan adalah warga asing manakala 54 lagi adalah berstatus orang dikehendaki.

Menurutnya, semua yang ditahan berusia dalam lingkungan 18 sehingga 71 tahun dengan seramai 38 suspek yang ditangkap akan diambil tindakan bawah Seksyen 39c Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Sepanjang serbuan dilakukan, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM571,793 iaitu serbuk ekstasi seberat 5,971.53 gram (g), syabu (334.01g), heroin (659.43g), ganja (2,324.42g), pil Eremin 5 (261.62g), ketamin (289.86), pil yaba (4.71g), pil ekstasi (1,336.80g), daun ketum (5,591.70g) dan air ketum (23.75 liter),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita 10 kenderaan, pelbagai barang kemas dan wang tunai berjumlah RM472,468.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI