fbpx

Kelulusan Pindaan RUU 2024 perkasa pengurusan Islam Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz.

SHAH ALAM – Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2024 (RUU 2024) yang telah diluluskan memberi nilai tambah dalam pemerkasaan pengurusan agama Islam di Selangor.

Kelulusan tersebut diperoleh dalam persidangan Dewan Negeri Selangor semalam, selepas diusulkan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr. Mohammad Fahmi Ngah.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, RUU 2024 ini bertujuan untuk menambah baik pentadbiran hal ehwal agama Islam di Selangor.

Katanya, ini berkaitan dengan pengurusan perintah bersaling bagi Mahkamah Syariah, pelantikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, pengurusan tauliah mengajar agama Islam dan pemerkasaan pengurusan halal.

“Dengan kelulusan RUU 2024 ini, MAIS beritizam untuk memantapkan lagi pengurusan agama Islam di negeri Selangor sejajar dengan undang-undang dan hukum syarak dengan kerjasama padu daripada agensi agama Islam yang lain di Selangor.

“Ini selaras dengan kewajipan MAIS di bawah subseksyen 7(1) Enakman Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu untuk menggalakkan, mendorong dan mengusahakan kemajuan serta kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Mohammad Fahmi kerana membentangkan RUU 2024 tersebut selain semua Ahli Dewan Negeri Selangor yang telah memberi sokongan meluluskan RUU tersebut.

“Semoga dengan penguatkuasaan RUU 2024 ini nanti, akan memberi nilai tambah dalam pemerkasaan pengurusan agama Islam di Selangor.

“Seterusnya menjadi pananda aras kepada pemantapan pentadbiran agama Islam khususnya berkaitan dengan halal di negara ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI