fbpx

Abby Abadi harap Marissa pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABBY ABADI mendakwa sudah lama tidak berjumpa dengan anaknya , Marissa Dania selepas didakwa telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Aslam.

PETALING JAYA – “Kalau rasa perlukan mama, baliklah.”

Demikian luahan pelakon Abby Abadi terhadap anak perempuannya, Marissa Dania yang didakwa sudah lama tidak ditemui selepas dikatakan bergelar isteri kedua kepada Ahmad Aslam.

Dalam masa sama, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, hanya mampu menyerahkan segala-galanya kepada Allah, selain mengharapkan yang terbaik buat puterinya.

“Saya jumpa dia semasa majlis reviu buka puasa dan selepas itu memang susah duduk dengan dia. Dia lari dan hilangkan diri, tetapi saya tahu dia selamat di luar sana.

“Dia mampu berdiri atas kaki sendiri, saya memang serahkan kepada Allah. Saya rasa sekarang memang tidak mampu buat apa-apa untuk ubah apa yang dia buat sekarang.

“Saya cuma harapkan yang terbaik. Jaga diri dan kalau rasa perlukan mama, baliklah,” katanya dalam sesi podcast yang dikendalikan pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam, baru-baru ini.

Semalam, selepas hampir dua bulan mengunci mulut, Marissa akhirnya tampil memenuhi sesi fotografi bersama suami, Aslam untuk sebuah jenama pakaian lokal secara terbuka.

Menerusi video yang tular, Marissa, 20, tampil berpakaian sedondon berona hitam bersama Aslam yang dipercayai bertindak sebagai model jenama pakaian sama bagi keluaran hari raya Aidilfitri tahun ini.

Paling mencuri perhatian, Marissa juga tidak kekok membetulkan butang baju milik Aslam selain mesra digandingkan bersama.

Terdahulu, nama Marissa kembali hangat diperkatakan selepas didakwa berkahwin secara senyap di Thailand dengan Aslam yang masih berstatus suami orang.

Perkara tersebut disahkan kakak ipar Aslam dikenali sebagai Nadiah yang mengatakan Aslam sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.

Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslanm, Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Lebih dramatik, pernikahan terbabit juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI