fbpx

Penjawat awam Pulau Pinang terima RM1,200 sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, BKKA itu sebagai apresiasi dan penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang yang merupakan nadi kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, BKKA itu akan dibayar pada 15 Mac ini yang dianggarkan membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.44 juta kepada kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri telah meluluskan BKKA tahun 2024 sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri sebagai penghargaan kepada mereka,” katanya di sini, hari ini.

Beritahu Kon Yeow, BKKA sebanyak RM300 turut diberikan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR) serta menengah agama rakyat (SMAR).

BKKA juga untuk kakitangan SRAR, SMAR dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), guru tahfiz, pondok dan tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

”Dalam pada itu, BKKA ini turut dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), badan berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri, tertakluk kepada keupayaan kewangan masing-masing.

“Umumnya, pemberian BKKA ini diharap dapat meringankan beban kewangan penjawat awam negeri, khususnya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri pada tahun ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI