fbpx

‘Fazura, Fasha, Maya paling cantik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura (tengah), Maya dan Fasha disifatkan paling cantik di Malaysia.

TAK pernah sunyi daripada membuat sebarang kenyataan kontroversi, itulah Fatiya Latiff.

Penat juga hendak melayan Fatiya sebab setiap perkara yang dikongsi dalam media sosial pasti berbaur provokasi.

Terbaharu, tiada angin tiada ribut, Fatiya menyenaraikan tiga nama selebriti wanita yang menurutnya, paling cantik di Malaysia.

Fazura, Fasha Sandha dan Maya Karin merupakan tiga artis yang berada dalam senarainya.

“Pada pendapat saya, perempuan paling cantik di Malaysia ialah Fazura, Fasha dan Maya. Jadi, yang lain tidak perlu terlalu mencuba untuk berada di atas,” katanya.

Nasib baik pilihan Fatiya tidak mengecewakan dan Diva pun tak menafikan ketiga-tiga mereka memang cantik serta layak berada dalam senarai tersebut.

Namun, tindakan Fatiya kelihatan tetap lucu sebab tiada artis yang akan secara rawak mengeluarkan senarai sebegitu.

DIVA: Orang kata, artis sekarang boleh dibeli dengan duit. Bagi sahaja duit, macam-macam pendedahan boleh dikongsi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI