fbpx

Bundesliga: Prestasi Bayern semakin ‘hanyut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYERN bolos gol penyamaan Freiburg pada hujung perlawanan sekali gus memusnahkan impian mereka meraih kemenangan. - AFP

FREIBURG – Prestasi Bayern Munich semakin tidak menentu apabila berdepan kemarau kemenangan dalam empat aksi terakhir di tempat lawan apabila diikat 2-2 oleh Freiburg awal pagi semalam.

Keputusan ini memberikan keselesaan buat Bayer Leverkusen di puncak liga dan jurang itu akan bertambah besar sekiranya Xabi Alonso mampu memacu pendahulu itu raih kemenangan ke atas FC Koln, malam ini

Pengurus pasukan, Thomas Tuchel turut mengkritik pemainya yang dilihat kurang menyengat dan seakan tidak mempunyai keinginan untuk memastikan kemenangan terutamanya pada setengah jam pertama.

“Kami bermain tanpa struktur, tidak berdisiplin dan tidak berada di posisi. Kami melakukan perkara yang kami tidak lakukan dalam latihan malah tidak pernah dibincangkan sama sekali.

“Kami bermain seperti perlawanan sedang berada pada minit ke-85 sedangkan ketika itu kami sedang ketinggalan,” katanya yang merujuk kepada jaringan pertama Freiburg menerusi Christian Gunter.

Bayern bangkit memperoleh dua gol menerusi Mathys Tel dan Jamal Musiala, namun Lucas Hoeler memusnahkan harapan tiga mata apabila meledak gol kedua Freiburg, tiga minit sebelum aksi sebenar berakhir.

Tonggak Freiburg, Vincenzo Grifo menganggap pasukannya sudah pun memberikan aksi terbaik sehingga menyukarkan lawannya itu berdepan kesukaran untuk memastikan satu mata berharga.

“Kami bermain baik untuk memastikan mereka tidak meraih kemenangan, tetapi kami juga menderita untuk berdepan mereka,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI