fbpx

Malakoff raih Anugerah Emas di AIGA 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malakoff berjaya meraih Anugerah Emas di AIGA 2023, semalam.

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) memenangi Anugerah Emas di Anugerah Integriti, Tadbir Urus dan Anti Rasuah 2023 (AIGA 2023), yang berlangsung di ibu negara, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, ia menjelaskan komitmen Malakoff terhadap dasar governan serta integriti dalam organisasi.

Menurutnya, ia sekali gus menonjolkan kecemerlangan Malakoff dalam mematuhi ISO37001 Anti-Bribery Management System, ISO31000 Enterprise Risk Management Guideline, dan pengurusan yang efisien dalam Unit Integriti dan Governans.

“Seiring fokus untuk lebih peka terhadap alam, sosial dan tadbir urus, penting bagi Malakoff untuk mempunyai struktur tadbir urus korporat yang kukuh.

“Kita dipandu oleh Malaysian Code on Corporate Governance dan mengikut amalan terbaik daripada pihak berkuasa di semua negara di mana kita beroperasi,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM), Ketua Jabatan Risiko, Peningkatan Proses dan Integriti Malakoff, Adi Faimi Mohamed Haneef, turut menerima anugerah daripada salah seorang Pengarah Lembaga IIM Profesor Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

Dikendalikan buat tahun ketiga, majlis anugerah itu disertai 154 organisasi di seluruh Malaysia yang memfokuskan pelaksanaan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional.

Pada tahun 2021, Malakoff menerima pensijilan ISO37001:2016 ABMS daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Pensijilan ini mengiktiraf komitmen Malakoff untuk mengekalkan standard etika, integriti dan tanggungjawab dalam semua aktiviti perniagaan, selaras dengan Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018.

Selain itu, Malakoff dianugerahkan dengan the 2021 ASEAN Corporate Governance Scorecard Award dalam kategori Kelas Aset ASEAN, menjadikannya salah satu daripada 54 Syarikat Senarai Awam Malaysia di antara 234 pemenang ASEAN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI