fbpx

3 diburu belasah pemandu e-hailing di Taman Bukit Cheras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video suspek didakwa memukul dan mencederakan seorang pemandu e-hailing di Taman Bukit Cheras, 26 Februari lalu.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan tiga lelaki yang didakwa memukul dan mencederakan seorang pemandu e-hailing di Taman Bukit Cheras, di sini, 26 Februari lalu.

Video berdurasi empat minit dua saat tular di media sosial, yang memaparkan kejadian pemandu terbabit dipukul beberapa orang lelaki.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada 26 Februari lalu, sekitar pukul 6.30 petang.

“Mangsa (pemandu) hampir melanggar seorang penunggang motosikal ketika hendak mengundurkan keretanya.

“Penunggang motosikal telah mengangkat tangan menunjukkan tanda tidak berpuas hati dan beredar dari tempat tersebut.

“Mangsa kemudiannya didatangi tiga lelaki tempatan dari gerai tepi jalan memarahi mangsa dengan alasan mangsa bersikap biadap terhadap penunggang motosikal sebelum bertindak memukul dan mencederakannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zam, pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan untuk mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam kejadian.

“Kita ingin menegaskan sebarang bentuk jenayah kekerasan dianggap kes serius dan disiasat dengan sebaik mungkin.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai Polis yang berdekatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI