fbpx

Tiada hujan walau dua operasi pembenihan awan dijalankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi pembenihan awan dijalankan di dua KTA empangan Pulau Pinang selama dua hari, bermula kelmarin.

GEORGE TOWN – Tiada hujan direkodkan di kawasan tadahan air (KTA) di Empangan Air Itam dan Teluk Bahang, di sini meskipun dua operasi pembenihan awan sudah dijalankan selama dua hari, bermula Selasa lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. K. Pathmananthan berkata, operasi tersebut dijalankan dengan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sehingga semalam.

Menurutnya, operasi pembenihan awan tidak akan meningkatkan kapasiti efektif kedua-dua empangan terbabit.

“Berkemungkinan faktor penyebabnya adalah keadaan atmosfera dan awan yang tidak begitu menggalakkan. Pembenihan awan biasanya boleh merangsang lebih banyak hujan jika terdapat awan hujan pada ketinggian tertentu.

“Jika tiada awan, awan tidak mencukupi atau jika suhu udara terlalu tinggi untuk titisan air terbentuk di awan dan jatuh, pembenihan awan mungkin tidak merangsangkan sebarang hujan,” katanya di sini, hari ini.

Hari ini, Kapasiti efektif bagi Empangan Air Itam adalah 37 peratus berbanding 1 Januari lalu dengan bacaan 68.9 peratus manakala Empangan Teluk Bahang pula 79.1 peratus, beza 16.3 peratus pada tempoh sama (1 Januari).

Dalam pada itu, kata beliau lagi, PBAPP berharap Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menugaskan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menjalankan operasi pembenihan awan tambahan di Pulau Pinang, bulan depan.

“Kapasiti efektif maksimum Empangan Air Itam adalah 2,160 juta liter (JL) manakala Empangan Teluk Bahang, 18,240 JL.

“Dari segi isipadu air, penurunan sebanyak satu peratus dalam kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang (182.4 ML) secara kasarnya bersamaan dengan penurunan 8.4 peratus dalam kapasiti efektif Empangan Air Itam.

“Kapasiti efektif Empangan Air Itam adalah rendah pada 5 Februari lalu namun telah meningkat sebanyak 4.2 peratus menjadikannya daripada 32.8 peratus kepada 37 peratus pada hari ini,” ujarnya terdapat hanya 45 milimeter (mm) hujan di KTA Empangan Air Itam dan cuaca panas.

Sebelum ini, media melaporkan Empangan Air Itam mampu bertahan sehingga 32 hari lagi.

Kapasiti efektif Empangan Air Itam menurun mendadak susulan cuaca panas dan pengeluaran air dari empangan itu yang tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI