fbpx

Selangor, KL antara negeri lubuk PATI – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan lima negeri merekodkan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) tertinggi iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, susulan itu, pihaknya menerusi Jabatan Imigresen (JIM) telah melakukan 20,800 operasi PATI sejak sejak awal tahun sehingga Selasa lalu.

“Daripada jumlah serbuan ini, JIM menahan 58,508 pendatang tanpa izin dan 871 majikan kerana kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Jumlah serbuan dan tangkapan ini adalah manifestasi kepada konsistensi kita untuk menangani perkara ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan V. Ganabatirau (PH-Klang) mengenai hasil serbuan ke atas lubuk pendatang asing tanpa izin di kawasan pedalaman Klang kerana jumlahnya masih tinggi.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sebanyak lapan kawasan panas (hotspot) di sekitar daerah Klang.

Katanya, ia membabitkan kawasan seperti Pasar Borong Klang, Pasar Besar Klang, Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman dan Kawasan Perindustrian Pulau Indah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI