fbpx

Penduduk baling mercun bola halau gajah mengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERCUN bola digunakan untuk menghalau gajah di Thailand. - Foto Getty Images/AFP

BANGKOK – Penduduk sebuah kampung di Thailand terpaksa menggunakan mercun bola  untuk menakutkan sebilangan gajah liar yang mengganas, lapor portal berita Daily Star kelmarin.

Kira-kira 90 orang termasuk empat dalam tempoh dua minggu telah diserang oleh haiwan itu dengan ada mangsa terbunuh dan cedera parah termasuk putus anggota badan. Gajah liar itu menjadikan badan manusia yang menjadi mangsanya seperti anak patung.

Makhluk besar itu menjadi lebih berani selepas kerajaan Thailand menggalakkan penduduk untuk hidup di samping gajah.

Bagaimanapun, kehadiran gajah liar menyebabkan sebilangan penduduk kampung menjadi tahanan di rumah sendiri. Mereka terpaksa membuat bahan letupan kecil yang diisi ke dalam bola bersaiz ping pong atau membeli mercun bola di tepi jalan untuk menakutkan haiwan tersebut.

Penyelidik  Pusat Pendidikan Gajah Timur, Taan Wannagul berkata: “Gajah liar pernah membaling manusia pada pokok. Ia kadang kala memijak atau menusuk tubuh anda dengan gading. Gajah boleh bermain dengan badan (manusia) seperti anak patung.

“Gajah memang tidak akan menyerang manusia tetapi orang ramai membaling mercun bola yang berbunyi kuat untuk mengusirnya. Kini gajah liar  menjadi lebih agresif,” tambahnya. –  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI