fbpx

Henti salah tafsir maksud frasa liberal dalam Rukun Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai diminta untuk menghentikan tafsiran yang salah berhubung maksud frasa liberal yang terdapat dalam cita-cita Rukun Negara.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perkataan “liberal” merujuk kepada sikap keterbukaan dan penerimaan (Faham, Hormat dan Terima) kepada perbezaan budaya antara kaum dan etnik.

Itu bermaksud rakyat bebas mengamalkan agama, adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan kepentingan perpaduan negara.

“Cita-cita Rukun Negara menegaskan prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif.

“Salah satu cita-cita Rukun Negara adalah ‘menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aaron berkata, penerapan nilai-nilai liberal (keterbukaan terhadap perbezaan budaya antara kaum) dalam masyarakat akan membantu mencipta persekitaran yang lebih inklusif, dinamik, dan progresif.

“Nilai tersebut turut memberi peluang kepada setiap individu untuk berkembang dan menyumbang kepada pembangunan negara secara positif.

“Majlis Perundingan Negara yang dianggotai oleh 13 tokoh negara daripada pelbagai latar belakang kaum dan kepakaran telah menghasilkan Rukun Negara sebagai falsafah negara baharu,” ujarnya.

Katanya, Rukun Negara telah dirangka berdasarkan tujuh tunjang utama yang telah dikemukakan melalui kertas ‘Pillars of Nation’.

“Akhirnya, Rukun Negara telah dirangka dan disusun kepada dua bahagian iaitu lima cita-cita dan lima prinsip.

“Cita-cita dan prinsip Rukun Negara kemudiannya telah diterjemah kepada suatu bentuk falsafah atau ideologi nasional,” katanya.

Susulan itu katanya, falsafah yang bernilai tinggi itu perlu dihayati oleh setiap warganegara Malaysia bagi memastikan kelestarian dan kesesuaiannya sepanjang masa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI