fbpx

15 ‘pak arab’ diberkas kerja di restoran terkenal tanpa permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA ‘pak arab’ yang ditahan dalam Ops Selera di sebuah restoran nasi arab di Taman Tasek, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seramai 16 lelaki warga asing dari tanah arab diberkas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam satu Ops Selera di sebuah restoran nasi arab terkenal dj Taman Tasek di sini petang semalam.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, operasi itu dijalankan pada pukul 4.30 petang itu susulan maklumat awam yang diterima menyatakan terdapat beberapa warga asing bekerja tanpa pas atau permit yang sah di restoran tersebut.

“Hasil pemeriksaan terhadap 24 warga asing bekerja di restoran terbabit.

“JIM Johor telah menahan tujuh lelaki warga Syria, lelaki warga Yaman (3), lelaki Palestin (3) serta masing-masing seorang lelaki Mesir, Bangladesh dan seorang wanita warga Filipina.

“Mereka yang ditahan berusia antara 21 hingga 55 tahun,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baharuddin berkata, kesemua mereka dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di negara ini.

Selain itu, mereka turut melanggar Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa.

“Sebanyak dua notis hadir ke pejabat dikeluarkan kepada individu-individu dalam operasi tersebut bagi membantu siasatan,”katanya.

Beliau menegaskan, JIM Johor akan terus mempergiatkan lagi operasi dan usaha penguatkuasaan di seluruh negeri Johor bagi membanteras isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI).

Tambahnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap PATI yang melanggar undang-udang serta majikan dan pemilik premis yang menggajikan pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan pas/permit kerja yang sah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI