fbpx

Skuad khas MBSA pantau peniaga ‘ali baba’ bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najwan (dua kiri) menyampaikan permit Bazar Ramadan kepada salah seorang peniaga sambil disaksikan Datuk Bandar Shah Alam, Ir.Cheremi Mohd.Tarman (dua kanan) pada majlis di Pusat Konvensyen MBSA. FOTO: ABDUL RAZAK IDRIS/KOSMO!

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mewujudkan skuad khas pemantau dalam mengesan mana-mana individu mengaut keuntungan dengan ‘mengalibabakan’ permit bazar Ramadan mereka.

Menurut Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi, kaedah tersebut dilakukan bagi ‘mematikan’ budaya yang tidak sihat dan telah lama wujud ketika penganjuran bazar tersebut.

Katanya, MBSA akan melakukan pemeriksaan tapak bazar tersebut dari masa ke semasa untuk tujuan pembasmian tersebut.

“Setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kaedah masing-masing dan penubuhan skuad khas pemantau adalah pendekatan digunakan MBSA.

“Jika ada aduan salah guna permit pihak MBSA juga akan menyiasat. Setakat tahun lalu tiada kes ali baba permit Bazar Ramadan dilaporkan di Shah Alam,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan permit dan kit bazar Ramadan di Pusat Konvensyen MBSA di sini, hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan tindakan peniaga dan penjaja makanan melakukan urusan sewaan tapak bazar Ramadan secara ‘ali baba’ kepada pihak lain menyebabkan mereka mampu meraih keuntungan lumayan sehingga puluhan ribu ringgit.

Najwan memberitahu, sebanyak 16,693 tapak di 264 kawasan Bazar Ramadan disediakan di seluruh negeri bagi memberikan peluang kepada orang ramai untuk berniaga sepanjang tempoh Ramadan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI