fbpx

Raih 1.5 juta undian, Anna Jobling ungguli GMWA23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Anna Jobling diumumkan sebagai pemenang Anugerah Gempak Most Wanted 2023 (GMWA23) selepas meraih 1.5 juta undian daripada peminat. - SYAKIR RADIN

PUTRAJAYA – Bagai dijangka, pelakon Anna Jobling diumumkan sebagai pemenang Anugerah Gempak Most Wanted 2023 (GMWA23) selepas meraih 1.5 juta undian daripada peminat.

Pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, itu mengakui terharu mendapat kepercayaan ramai sehingga layak membawa pulang trofi utama.

“Tak sangka menang sebab semua yang dicalonkan sangat kuat seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza serta Khai Bahar yang sememangnya mempunyai ‘fan base’ besar.

“Apabila dimaklumkan undian saya 25 peratus daripada 6 juta undian keseluruhan membuatkan saya terkejut serta bersyukur dengan pengiktirafan ini.

“Ini juga rezeki kepada peminat yang tidak jemu bersama saya dari dulu hingga sekarang,” katanya pada sidang media selepas acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Pada acara sama, bintang drama Melur Untuk Firdaus itu turut membawa pulang dua lagi kemenangan, Selebriti Digital Tergempak selain hadiah khas penaja, Anugerah Drama Rambut Paling Ump.

Lebih manis apabila naskhah susulan Melur Untuk Firdaus yang dibintang bersama Meerqeen iaitu Melur Untuk Firdaus 2 mengulangi kemenangan tahun lalu selaku Drama Tergempak, sekali gus meneruskan kejayaan dalam kategori sama tahun ini.

Edisi kedua pengiktirafan yang mengangkat pencipta kandungan digital termasuk selebriti itu mempertandingkan sembilan kategori dengan kemenangan 100 peratus bersandarkan undian.

Pada acara sama, penyanyi Aina Abdul membawa pulang trofi Lagu Trending Tergempak, manakala Video Muzik Tergempak dimenangi Khai Bahar dan Nabila Razali menerusi Selagi Ku Ada.

Digital Content Creator bagi Hiburan, Motivator dan Lifestyle masing-masing diraih Rahman Chea, Dr. Say serta Amin & Abid Othman.

Dua lagi kategori iaitu Video Tergempak dimenangi Mikhail Imaan yang menyerlah dengan video berjudul Kesian Girlfriend Lapar dan Gamer Tergempak pula diraih Pok Ro Gaming.

Sementara itu, satu lagi trofi ditunggu-tunggu ramai adalah Hall Of Fame yang juga anugerah pilihan penganjur dan musim ini menyaksikan penghibur tersohor Indonesia, Melly Goeslaw sebagai penerima.

GMWA23 kali ini dikendalikan Zizan Razak, Sherry Alhadad, Amelia Henderson, dan Sean Lee.

Majlis pengiktirafan tersebut  turut dimeriahkan persembahan Dolla, Haqiem Rusli, Coax, Hael Husaini, Khai Bahar, Kaka Azraf, Ayda Jebat, Akim & The Majistret, Aina dan Ajai, selain Melly.

Manakala barisan penyampai trofi pula adalah Maya Karin, Rozita Che Wan, Zul Ariffin, Datuk Jalaludin Hassan, Norlia Ghani dan Roy Azman dan Meerqeen. – KOSMO! ONLINE

Berikut senarai penuh pemenang GMWA23:

Video Tergempak
•⁠ ⁠Kesian Girlfriend Lapar (Mikhail Imaan)

Digital Content Creator (Lifestyle)
•⁠ ⁠Amin & Abid Othman

Digital Content Creator (Motivator)
•⁠ ⁠Dr. Say

Digital Content Creator (Hiburan)
•⁠ ⁠Rahman Chea

Drama Tergempak
•⁠ ⁠Melur Untuk Firdaus 2

Lagu/Audio Tergempak
•⁠ ⁠Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)

Gamer Tergempak
•⁠ ⁠Pok Ro Gaming

Selebriti Digital
•⁠ ⁠Anna Jobling

Hall of Fame
•⁠ ⁠Melly Goeslaw

Gempak Most Wanted
•⁠ ⁠Anna Jobling

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI