fbpx

‘Jangan libatkan anak atas kegagalan kita sebagai ibu bapa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Shakilla berkahwin dengan lelaki pilihannya, Fariz dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam, Selangor,  24 Februari lalu.

PETALING JAYA – Aib suami dan bekas isterinya dikorek netizen meskipun inai pada jari belum pudar, pelakon Shakilla Khoriri menasihatkan orang ramai agar tidak menjaga tepi kain orang bagi mengelakkan sebarang masalah.

Begitupun, jika cerita itu tetap dicanang, Shakilla atau nama lengkapnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, berkata, dirinya tidak teragak-agak mendedahkan kisah sebenar yang berisiko melibatkan dan menjejaskan ramai pihak.

“Sibuk betul kalian mengorek sana sini kisah dalam kain orang, yang bersembunyi di sebalik permasalahan pun ada. Jangan paksa saya untuk ‘spill the tea’.

“Yang tersakiti, yang menyakiti, difitnah atau memfitnah semua akan dapat masalah kelak. Baik diam.

“Reda dan jalani kehidupan masing-masing dan jangan jadi manusia munafik. Kita semua tahu kebenaran cerita kita, jadi cukup!,” ujarnya menerusi hantaran video dalam TikTok.

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, keretakan rumah tangga terdahulu sepatutnya dijadikan pengajaran, bukannya diperbesarkan kepada khalayak yang boleh memberi kesan tidak baik kepada anak-anak.

“Nak bercerita atau nak satu Malaysia memihak pada kamu silakan tapi ceritalah perkara sebenar. Ceritakanlah kesalahan dan kegagalan kita sendiri dahulu atau berdiam dan kita sama-sama muhasabah diri.

“Jangan seronok sangat kalian menari bertepuk tangan. Kita semua manusia yang punya keluarga dan anak-anak. Janganlah paksa saya untuk panjangkan hal ini dan buka pekung semua yang terlibat.

“Jangan libatkan anak-anak atas kebodohan dan kegagalan kita sebagai ibu bapa atau orang dewasa. Tepuk dada tanya selera,” tegasnya panjang lebar.

Sebelum ini, tular dalam media sosial beberapa keping foto mesra Shakilla bersama Fariz Zulkepley yang dikatakan ketika itu masih berstatus suami orang.

Tidak hanya itu, beberapa perkongsian bekas isteri Fariz juga menjadi perhatian khalayak sehingga ramai mula menuduh Shakilla sebagai penyondol.

Aktres kelahiran Kuala Lumpur itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Janurai 2018 namun mengumumkan perpisahan mereka pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.

Menamatkan zaman jandanya, Shakilla berkahwin dengan lelaki pilihannya, Fariz dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam, Selangor,  24 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI