fbpx

Ramai ‘dengki’ Arab Saudi catat banyak rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arab Saudi menerima 10 pengiktirafan baharu pada minggu lepas. - Universiti King Saud

RIYADH – Arab Saudi menerima pengiktirafan Guinness World Records berhubung beberapa pencapaian yang didakwa ‘membosankan’ termasuk memiliki hospital pergigian terbesar di dunia.

Portal berita Mail Online melaporkan, badan pengiktirafan rekod dunia itu mengumumkan 10 anugerah baharu kepada Arab Saudi pada minggu lepas, namun keputusan itu dikritik oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia.

Pencapaian Arab Saudi didakwa ‘membosankan’ berbanding pelbagai rekod lain yang lebih menarik dan unik seperti janggut terpanjang dimiliki wanita dan lawatan berturut-turut ke Disneyland.

Antara pengiktirafan yang diterima Arab Saudi termasuk takungan air minuman berbumbung terbesar, unit penyulingan air laut terbesar dan hospital pergigian terbesar.

Analisis akhbar The Sunday Times melaporkan bahawa negara rantau Asia Barat itu meningkatkan jumlah rekod dunianya dengan pantas berbanding lima tahun lalu.

Sebelum 2019, Arab Saudi menerima 54 anugerah Guinness World Records, namun bilangan itu kemudian meningkat kepada 160. 

Pada tahun lepas sahaja, Arab Saudi menerima 56 pengiktirafan seperti ruang bilik belajar terbesar di dunia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI