fbpx

Terjatuh ketika ‘shooting’, pergelangan tangan Azira Shafinaz retak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon jelita, Azira Syafinaz mengalami kecederaan ringan ketika menjalani sebuah penggambaran drama.

PETALING JAYA – Malang tidak berbau buat pelakon Azira Shafinaz apabila terjatuh ketika menjalani sebuah penggambaran drama sehingga mengakibatkan tulang pergelangan tangannya mengalami keretakan.

Terpaksa dikejarkan ke jabatan kecemasan sebuah hospital, Azira atau nama sebenarnya, Azira Shafinaz Ramlan, 33, bagaimanapun memaklumkan tiada kecederaan serius yang perlu dirisaukan.

“Secara tak sengaja jatuh ketika saya sedang menjayakan satu babak malam tadi.

“Alhamdulillah tiada kecederaan serius, cuma retak yang sangat kecil (hairline fracture) bahagian tulang pergelangan tangan. Tolong doakan saya segera pulih,” coretnya menerusi hantaran status dalam Instagram.

Menerusi muat naik berkenaan, anggota kumpulan De Fam itu turut menyertakan untaian foto dirinya dalam keadaan tangan sedang berbalut dan sinar-X kecederaan tangan yang dialami.

Menjengah ruangan komen, ramai rakan-rakan artis dan para peminat yang mendoakan agar kekasih kepada lelaki bernama Yasser Khan itu segera sembuh.

“Kasihannya! Speedy recovery babe (cepat sembuh),” ujar pelakon Wana Ali.

“Alamak, get well soon, Ja (panggilan untuk Azira),” coret pelakon Nabila Huda.

Difahamkan, Azira kini sedang sibuk di set penggambaran drama terbitan Viu Malaysia berjudul Nafsu.

Baru-baru ini, anak seni kelahiran Kuala Lumpur itu mendedahkan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih, Yasser Khan selepas 12 tahun perkenalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI