fbpx

Runtuhan salji di Jammu dan Kashmir, seorang pelancong maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Runtuhan salji itu melanda sebuah resort ski di Gulmarg, lembah Jammu dan Kashmir. - AFP

NEW DELHI, India – Seorang pelancong warga Russia maut selepas satu runtuhan salji melanda sebuah resort ski di bandar Gulmarg, lembah Jammu dan Kashmir, lapor laman berita Wion News semalam.

Mayat pemain ski itu ditemui di lembah Khilan Marg di Puncak Afarwat selepas dilanda runtuhan salji pada petang semalam.

“Satu runtuhan salji melanda kawasan Khilan Marg, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan pemain ski termasuk beberapa pelancong asing terkandas.

“Tidak lama selepas itu, satu operasi menyelamat besar-besaran dijalankan di kawasan tersebut. Seorang pemain ski maut, manakala mangsa selebihnya ditemui selamat.

“Operasi menyelamat kini ditamatkan selepas semua pemain ski yang terperangkap telah dibawa turun dengan selamat manakala seorang pemain ski tempatan dilaporkan cedera,” kata seorang pegawai.

Kerajaan tempatan telah mengeluarkan amaran runtuhan salji di hulu wilayah Kashmir selepas salji lebat membadai kawasan itu sejak tiga hari lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI