fbpx

Bandar Enstek berjaya tarik pelaburan baharu RM420 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin (tengah, belakang) hadir pada majlis pemeteraian perjanjian antara TH Properties dengan pelabur di Seremban semalam.

SEREMBAN – Bandar Enstek berjaya menarik pelaburan baharu sebanyak RM420 juta dengan termeterainya perjanjian jual beli TH Properties Sdn. Bhd. bersama empat syarikat iaitu  Educ8 Group, Gobuilders Netsoft, Malindo Airways dan Meta Legends.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pelaburan baharu itu terdiri daripada pelbagai sektor seperti pendidikan, logistik dan makanan serta mampu menawarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan.

Menurut beliau, sebelum ini, Bandar Enstek, telah berjaya menarik masuk pelaburan melebihi RM4 bilion dan berjaya menjana lebih 1,500 pekerjaan untuk masyarakat setempat.

“TH Properties menjadi antara penyumbang terbesar menarik masuk pelaburan ke  Bandar Enstek dan techpark@enstek sekali gus ia telah membantu menyokong  pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan. 

“Di samping peningkatan hasil negeri, kemasukan pelabur seperti Educ8 Group contohnya dapat menambah baik tahap sosio-ekonomi dan pendidikan masyarakat di bandar ini serta di  kawasan sekitarnya melalui kerjasama dengan akademi sukan dan pendidikan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli antara TH Properties Sdn Bhd dengan pelabur hartanah Bandar Enstek di sini semalam

Turut hadir Pengerusi TH Properties, Datin Kartini Abdul Manaf.

Selain itu, Kartini menjelaskan, bagi pelaburan terbaharu ini,  dua projek hartanah akan dibangunkan iaitu di  techpark@enstek dan dua lagi di dalam kawasan Bandar Enstek itu sendiri. 

Menurut beliau, tiga syarikat tersebut merupakan pelabur baharu di bandar Enstek manakala Epsom College Malaysia pula telah beroperasi di Bandar Enstek sejak 2014 di dalam kawasan seluas 20 hektar. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI