fbpx

Tiada hasrat sediakan dana khas tarik artis luar adakan konsert – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia di Kementerian Komunikasi, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi tidak berhasrat untuk menyediakan sebarang bentuk dana khas bagi menarik minat artis antarabangsa bagi menganjurkan konsert di negara ini seperti dilaksanakan Singapura sebelum ini.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, buat masa ini, pihaknya akan memberi keutamaan kepada memudahkan proses permohonan bagi mengadakan sesuatu konsert dalam usaha menarik minat pihak penganjur.

“Kebanyakan daripada acara ini ialah antara syarikat swasta yang menandatangani kontrak perjanjian bagi membawa masuk dan bagi hak eksklusif pada acara tersebut.

“Sebagai contoh, pada tahun lalu, bagi konsert Muse di mana penganjur telah ‘black out’ di sebahagian Asia dan hanya mengadakannya di Kuala Lumpur, itu tanpa dana kerajaan.

“Itu diusahakan oleh penganjur sebagai tanda langkah pemasaran, jadi saya lihat lihat pada waktu ini, kementerian tidak menyediakan dana itu,” katanya pada Majlis Peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia, di sini tadi.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, sekiranya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berhasrat menyediakan dana itu, itu tertakhluk kepada kementerian itu dan barisan Kabinet.

“Kementerian Komunikasi merasakan kita lebih kepada memudahkan proses permohonan jawatankuasa Agensi Permohonan, Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara.

“Sebelum ini, ia ambil masa lama untuk dapatkan pengesahan dan kebenaran. Jadi, saya lihat dalam bidang kuasa kementerian, kita kurang tenpoh masa itu,” katanya.

Jelasnya, jika proses perniagaan itu dipermudahkan, ia akan menjadi daya tarikan kepada penganjur untuk mengadakan konsert. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI