fbpx

Pengiat seni perlu perlindungan selepas bersara – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika mengadakan pertemuan dengan Steven Sim hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Komunikasi sedang mencari penyelesaian terbaik untuk mendapatkan perlindungan kepada pengamal media separuh masa, kru filem, kru muzik dan kru produksi belakang tabir.

Ini kerana kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, ramai dalam kalangan seniman negara tidak ada sebarang perlindungan selepas mereka bersara.

“Kes Ross Ariffin menjadi gelandangan selama tiga tahun dan kes isteri Allahyarham Pak Jabit yang hidup serba kekurangan telah menemukan saya dengan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong untuk perbincangan khas berhubung perkara tersebut,” tulisnya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kerajaan akan menganjurkan kempen kesedaran tentang kepentingan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Insya-Allah kerajaan akan menganjurkan kempen kesedaran tentang kepentingan mencarum dengan Perkeso melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI