fbpx

Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi perkasa undang-undang syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan supaya pindaan dilakukan ke atas Perlembagaan Persekutuan dengan meminda (membuang) ‘preclusion clause’ dalam Butiran 1, Senarai Negeri Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana kata Yang Dipertua PUM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz, dengan pindaan itu, pemerkasaan undang-undang syariah di negeri-negeri dapat dilaksanakan.

Menurutnya, klausa yang dimaksudkan ialah “kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan”.

“Keputusan-keputusan badan kehakiman sejak akhir-akhir ini, termasuk berkaitan Doktrin Struktur Asas, telah membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk menyempitkan bidang kuasa mahkamah syariah yang sedia ada dan seterusnya boleh melemahkan institusi Islam dan perundangan Islam di negeri-negeri.

“Justeru, umat Islam di Malaysia perlu berwaspada atas usaha ‘strategic litigation’ yang dilakukan oleh pelbagai pihak sejak beberapa dekad untuk melemahkan perundangan Islam dan Mahkamah Syariah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohamad menambah, melalui sesi perbincangan dengan wakil-wakil peguam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam turut meminta pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (pindaan 1984) atau Akta 355 dipercepatkan untuk dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen.

“Melalui sesi perbincangan yang diadakan, terdapat cadangan supaya Mahkamah Syariah juga diperkukuhkan melalui pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah dicadangkan agar penubuhan Mahkamah Syariah disebut dengan jelas dalam peruntukan ini sebagai punca kuasa penubuhannya agar Mahkamah Syariah mempunyai kedudukan yang diiktiraf dalam sistem perundangan di Malaysia,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau menyeru semua pihak bersatu hati dan berpadu tenaga berusaha supaya perundangan Islam dan Mahkamah Syariah dimartabatkan dan kedudukan DYMM Sultan/Raja sebagai Ketua Agama Islam negeri dipertahankan. -KOSM0! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI