fbpx

Jawatankuasa teknikal lindungi syarikat tempatan sektor komoditi – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (tengah) ketika mengadakan perbincangan dengan NRES, semalam. - Foto APLIKASI X JOHARI GHANI

PETALING JAYA – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mewujudkan jawatankuasa teknikal, semalam.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata, ia bertujuan melindungi syarikat-syarikat Malaysia dalam sektor komoditi beroperasi tanpa halangan daripada negara luar.

“Hari ini saya adakan perbincangan penting bersama Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk pastikan produk-produk berkaitan komoditi Malaysia yang dieksport ke luar negara tidak terjejas akibat regulasi ‘European Union Deforestation Regulation’ (EUDR).

“Regulasi EUDR ini boleh memberi implikasi dan menjejaskan produk serta sektor komoditi Malaysia untuk dieskport jika kita tidak mematuhinya,” katanya menerusi aplikasi X, malam tadi.

Beliau berkata, nilai eksport bagi sektor komoditi Malaysia mencecah lebih RM160 bilion setahun yang menyumbang sebanyak 5.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan lebih sejuta peluang pekerjaan.

Jelasnya, Malaysia juga berpotensi mendapat persepsi negatif di peringkat global sekiranya kita tidak melibatkan diri secara langsung di dalam menangani isu-isu hutan dan kelestarian alam.

“Oleh itu, kerjasama erat melalui KPK dan NRES, adalah komitmen kerajaan di peringkat Kerajaan Persekutuan bahawa Malaysia memenuhi peraturan-peraturan dari segi ‘deforestation, traceability & geolocation’ (penebangan hutan, kebolehkesanan & geolokasi),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI